Thursday, August 14, 2008

garpu oh garpu


Di suatu malam sunyi sepi
Polis menerima maklumat terkini
Seorang lelaki sedang bersembunyi
Dalam hutan simpanan Macritchie

Polis mengambil tindakan segera
Ratusan anggota bersiap sedia
Kawasan dikepung serta merta
Pasukan anjing dibawa bersama

Pihak polis membuat andaian
Lelaki tersebut seorang buruan
Telah lari dari tahanan
Sudah menghilang hampir sebulan.

Kawasan hutan terus diredah
Semak dan samun semua digeledah
Helikopter peninjau turut dikerah
Pasukan keselamatan semakin bertambah.

Di suatu kawasan yang banyak liku
Polis menjumpai satu garpu
Anjing pengesan disuruh hidu
Menjejaki arah orang yang diburu.

Akhirnya lelaki dapat dikesan
Masih bersemadi di tempat persembunyian
Di pondok usang yang tidak berbumbung
Kawasan pondok terus dikepung

Polis melaungkan kata amaran
Jangan cuba hendak melawan.
Menyerah diri sebaik pilihan
Itu saja satu-satunya jalan.

Anggota keselamatan diberi arahan
Jangan lepaskan sebarang tembakan.
Supaya buruan dapat ditawan
Tanpa sebarang jiwa terkorban.

Buruan keluar dari persembunyian.
Sambil mengangkat kedua tangan
Menyerah diri meminta kasihan
Garfu di tangan tidak dilepaskan.

Pihak polis merasa hairan
Garfu yang dijumpa apakah kaitan?
Kelihatan sama jika dibandingkan.
Polis melontarkan satu soalan.
'Are you Mas Selamat?'

Lelaki menjawab:
'No, I am not Mas Selamat, I am Kassim Selamat'
'I still love my wife, Sabariah'
'But she is now married to Dr Ismadi'
'This is all because of Ibu Mertuaku'
'I am heart-broken. I want to become blind again'
'I want to poke my eyes with two forks, but I lost the other fork'
'I have been searching for it since afternoon......!!



Hahahaha ...ketawa jangan tak ketawa

1 comment:

CiliQueen said...

Everyone has ups & downs sweetie, glad you made the right decision. Oh well WELCOME BACK! stay cool yeahh :))