Wednesday, February 13, 2008

Singular & Plural

Seorang suami sedang mencari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami: Lelaki kahwin 3 baru lah sah.

Isteri: Kenapa pula?

Suami: Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, 'satu' is one, 'dua' is two, 'tiga' isteri (is three). Baru betul dan sah!

Isteri: Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang 'singular' dan 'plural'.

Suami: Berkenaan apa tu?

Isteri: Satu tu 'Singular'; dua atau lebih 'Plural'.

Suami: Contohnya?

Isteri: One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apabezanya?

Suami: Ohhh... tambah huruf 's' untuk yang plural.

Isteri: Betul tu. Sama juga la untuk abang.

Suami: Macam mana pula boleh sama?

Isteri: Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah 's' je, kan?

Suami: Oooooooohhhhhhhh.....

kwang kwang kwang....

No comments: